Kos Jualan / Pendapatan

Penghasilan sesuatu pendapatan pastilah melibatkan sesuatu kos belian atau belanja langsung. Tiada yang datang secara percuma. Jika ada, itu DERMA IKHLAS namanya walaupun jumlah melebihi RM2 billion.

Sebatang pensil yang terjual dengan harga RM1 perlu dibeli terlebih dahulu, mungkin dengan nilai RM0.40 atau lebih ataupun kurang.

Hasil jualan sebatang pensil RM1 perlu diregukan atau dipadankan dengan kos belian RM0.40 yang juga dinamakan kos jualan ataupun kos menghasilkan pendapatan. Baki RM0.60 itulah dinamakan MARGIN KEUNTUNGAN atau dipanggil juga UNTUNG KASAR

3 Pecahan Utama Mengukur Kecekapan Operasi Biznes Anda

foto credit : jbprince.com

Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam menjalankan biznes anda. Jika biznes anda menjual produk, pastilah anda perlu membentuk produk tersebut samada anda buat sendiri ataupun mengupah orang lain membuatnya ataupun beli yang telah siap sahaja.

Jika anda menawarkan servis atau perkhidmatan, pastilah anda perlu memiliki kemahiran atau kepakaran tertentu untuk ditawarkan ataupun anda mengupah orang lain yang memiliki keparan yang anda tawarkan.

Produk dan servis ini perlu pula anda pasarkan supaya ramai yang tahu tentang penawarannya. Barulah prospek anda boleh pilih untuk menerima tawaran yang mereka tertarik.

Biznes anda perlukan sokongan bahagian pemasaran, jualan, selepas jualan, pentadbiran, sumber manusia dan kewangan untuk beroperasi dengan cekap.

Tahukah anda bahawa laporan kewangan bisnes anda dapat mengukur keberkesanan 
operasi bisnes anda? 
Design a site like this with WordPress.com
Get started