Penghasilan sesuatu pendapatan pastilah melibatkan sesuatu kos belian atau belanja langsung. Tiada yang datang secara percuma. Jika ada, itu DERMA IKHLAS namanya walaupun jumlah melebihi RM2 billion.
Sebatang pensil yang terjual dengan harga RM1 perlu dibeli terlebih dahulu, mungkin dengan nilai RM0.40 atau lebih ataupun kurang.
Hasil jualan sebatang pensil RM1 perlu diregukan atau dipadankan dengan kos belian RM0.40 yang juga dinamakan kos jualan ataupun kos menghasilkan pendapatan. Baki RM0.60 itulah dinamakan MARGIN KEUNTUNGAN atau dipanggil juga UNTUNG KASAR
Pendapatan atau hasil jualan sesebuah bisnis adalah umpama bekalan oksigen kedalam tubuh manusia.
Jika tiada pendapatan untuk suatu tempoh yang panjang, maka bisnis tersebut dikatakan tidak beroperasi. Istilah “DORMANT” yang selalu diguna untuk menjelaskan situasi tersebut
Dengan pendapatan inilah sesebuah bisnis dapat menampung belanja operasi setelah ditolak kos menghasilkan pendapatan tersebut.
Jadi, adakah fokus utama bisnis tertumpu kepada penghasilan pendapatan?
Sudah semestinya, tanpa mengabaikan keperluan lain seperti Pemasaran, Operasi, Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan.
Pertama sekali, pihak admin ASKCFO ingin mengambil peluang ini merakam ucapan setinggi tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang Di Pertuan Agong. Pemilihan ini adalah selepas krisis politik yang melanda negara selama seminggu.
Terdahulu daripada itu, negara juga digemburkan dengan isu berkaitan pemindahan 4 hotel milik TH Hotel & Residence Sdn Bhd ke syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan.
Lanjutan daripada itu, para Netizen juga digemburkan dengan penyebaran ekstrak maklumat kewangan TH Hotel & Residence dipercayai dari sumber Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam menjalankan biznes anda. Jika biznes anda menjual produk, pastilah anda perlu membentuk produk tersebut samada anda buat sendiri ataupun mengupah orang lain membuatnya ataupun beli yang telah siap sahaja.
Jika anda menawarkan servis atau perkhidmatan, pastilah anda perlu memiliki kemahiran atau kepakaran tertentu untuk ditawarkan ataupun anda mengupah orang lain yang memiliki keparan yang anda tawarkan.
Produk dan servis ini perlu pula anda pasarkan supaya ramai yang tahu tentang penawarannya. Barulah prospek anda boleh pilih untuk menerima tawaran yang mereka tertarik.
Biznes anda perlukan sokongan bahagian pemasaran, jualan, selepas jualan, pentadbiran, sumber manusia dan kewangan untuk beroperasi dengan cekap.
Tahukah anda bahawa laporan kewangan bisnes anda dapat mengukur keberkesanan
operasi bisnes anda?
Tahukah anda laporan kewangan yang dibuat berdasarkan akaun yang merekod segala transaksi bisnes anda mempunyai banyak maklumat tersirat?
Secara umum, para usahawan suka melihat jumlah untung bisnes mereka yang tertera pada laporan tersebut. Ada yang hanya mahu melihat baki tunai yang ada.
Sebenarnya ada banyak sangat maklumat tentang bisnes kita boleh perolehi daripada laporan kewangan ni.
Selain daripada untung atau rugi bisnes, kita juga boleh lihat berapa margin keuntungan jualan, adakah margin ini mencukupi atau berapa kuantiti jualan yang kita perlu untuk membiayai kos operasi.
Apakah segala kos untuk menjana jualan telah diambil kira sepenuhnya walau pun kita hanya menjual servis tiada produk fizikal yang terlibat. Ini yang ramai terlepas pandang.
Setiap elemen kos untuk menjana pendapatan harus diambil kira bagi menetapkan harga jualan
Anon
Malahan ada banyak lagi yang boleh dikongsi disini, tapi untuk tujuan post kali ini elok kita kenali yang apa yang ternyata ditajuk post ini dahulu.
Apakah dua kunci tersebut?
1. Hasil daripada aktiviti bagi suatu tempoh
2. Nilai bisnes pada suatu tarikh
Laporan kewangan yang baik pasti dapat memberikan seperti tertera diatas yang menjadi kunci kepada aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu bisnes.
Kita akan kupas lebih lanjut dalam post yang lain akan datang, InsyaAllah.
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1441. Bersamaan 1441 yang lalu berlaku penghijrahan Baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan yang memberi impak kepada pengembangan syiar Islam ke serata muka bumi merentasi empat daripada lima fasa.
Nampaknya zaman yang sedang kita lalui sekarang adalah zaman kerajaan yang menyombong. Sempat kah kita merentas fasa kelima iaitu zaman islam kembali memerintah dunia.
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke enam puluh dua kepada seluruh rakyat Malaysia. Menjadi bangsa yang merdeka daripada penjajahan minda dan ekonomi adalah pengisian kemerdekaan yang lebih bermakna.