Pendapatan

Pendapatan sumber daripada jualan

Pendapatan atau hasil jualan sesebuah bisnis adalah umpama bekalan oksigen kedalam tubuh manusia.

Jika tiada pendapatan untuk suatu tempoh yang panjang, maka bisnis tersebut dikatakan tidak beroperasi. Istilah “DORMANT” yang selalu diguna untuk menjelaskan situasi tersebut

Dengan pendapatan inilah sesebuah bisnis dapat menampung belanja operasi setelah ditolak kos menghasilkan pendapatan tersebut.

Jadi, adakah fokus utama bisnis tertumpu kepada penghasilan pendapatan?

Sudah semestinya, tanpa mengabaikan keperluan lain seperti Pemasaran, Operasi, Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan.

3 Pecahan Utama Mengukur Kecekapan Operasi Biznes Anda

foto credit : jbprince.com

Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam menjalankan biznes anda. Jika biznes anda menjual produk, pastilah anda perlu membentuk produk tersebut samada anda buat sendiri ataupun mengupah orang lain membuatnya ataupun beli yang telah siap sahaja.

Jika anda menawarkan servis atau perkhidmatan, pastilah anda perlu memiliki kemahiran atau kepakaran tertentu untuk ditawarkan ataupun anda mengupah orang lain yang memiliki keparan yang anda tawarkan.

Produk dan servis ini perlu pula anda pasarkan supaya ramai yang tahu tentang penawarannya. Barulah prospek anda boleh pilih untuk menerima tawaran yang mereka tertarik.

Biznes anda perlukan sokongan bahagian pemasaran, jualan, selepas jualan, pentadbiran, sumber manusia dan kewangan untuk beroperasi dengan cekap.

Tahukah anda bahawa laporan kewangan bisnes anda dapat mengukur keberkesanan 
operasi bisnes anda? 
Design a site like this with WordPress.com
Get started