
Tahukah anda laporan kewangan yang dibuat berdasarkan akaun yang merekod segala transaksi bisnes anda mempunyai banyak maklumat tersirat?
Secara umum, para usahawan suka melihat jumlah untung bisnes mereka yang tertera pada laporan tersebut. Ada yang hanya mahu melihat baki tunai yang ada.
Sebenarnya ada banyak sangat maklumat tentang bisnes kita boleh perolehi daripada laporan kewangan ni.
Selain daripada untung atau rugi bisnes, kita juga boleh lihat berapa margin keuntungan jualan, adakah margin ini mencukupi atau berapa kuantiti jualan yang kita perlu untuk membiayai kos operasi.
Apakah segala kos untuk menjana jualan telah diambil kira sepenuhnya walau pun kita hanya menjual servis tiada produk fizikal yang terlibat. Ini yang ramai terlepas pandang.
Setiap elemen kos untuk menjana pendapatan harus diambil kira bagi menetapkan harga jualan
Anon
Malahan ada banyak lagi yang boleh dikongsi disini, tapi untuk tujuan post kali ini elok kita kenali yang apa yang ternyata ditajuk post ini dahulu.
Apakah dua kunci tersebut?
1. Hasil daripada aktiviti bagi suatu tempoh
2. Nilai bisnes pada suatu tarikh
Laporan kewangan yang baik pasti dapat memberikan seperti tertera diatas yang menjadi kunci kepada aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu bisnes.
Kita akan kupas lebih lanjut dalam post yang lain akan datang, InsyaAllah.
