
Tadbir Urus koperat jika dilihat pada istilah bermaksud;
Suatu struktur dan proses diguna pakai untuk memacu dan mengurus kegiatan perniagaan sesebuah syarikat dalam pengembangan perniagaan dan kepercayaan koperat dengan objektif utama mencapai nilai jangka panjang pemegang saham dengan mengambil kira hak pihak yang berkepentingan
MCCG
Tadbir urus yang elok;
- mengagihkan hak dan tanggungjawab yang berbeza diantara pihak yang terlibat dalam sesebuah syarikat.
- menggariskan syarat dan peraturan membuat keputusan.
- kawalan dalaman dan pengurusan risiko.
Tadbir urus koperat bukan hanya menjaga kepentingan pemegang saham malah mengimbangi keperluan pihak berkepentingan yang lain seperti para pekerja, pelanggan, pembekal, masyarakat dan komuniti dimana syarikat tersebut beroprasi.
Daripada penerangan diatas jelas sekali syarikat yang memiliki pemegang saham awam perlu kepada tadbir urus syarikat yang baik.
Bagaimana pula dengan syarikat milik persendirian yang bertaraf SME? Adakah mereka tidak perlu kepada tadbir urus koperat yang baik?
Mereka juga sebenarnya perlu kepada tadbir urus koperat yang baik. Cuma cara penerapan mereka berbeza sesuai dengan saiz operasi syarikat .
Apakah kaedahnya?
Sila ikuti di terbitan siaran blog nanti…
