Perakaunan. Setiap urusniaga biznes yang dicatat dan direkodkan seterusnya dirumuskan dan dilapor dalam bentuk penyata kewangan.
Proses merekod segala transaksi biznes bermula dengan pengeluaran sebutharga, pesanan tempahan, nota serahan dan inbois jualan bagi transaksi jualan barangan atau perkhimatan kepada pelanggan
Kemudian disusuli pengeluaran resit bila terima bayaran
Semasa terima pembekalan daripada vendor atau pembekal pula, dokumen daripada vendor seperti nota serahan, inbois belian,
Baucer bayaran digunakan semasa proses pembayaran dilakukan.
Penyata daripada pihak bank pada setiap bulan akan dipadankan dengan rekod transaksi sendiri.
Imbangan duga harus dihasilkan dahulu sebelum laporan penyata kewangan dikeluarkan pada setiap bulan.
Penyata kewangan yang baik harus dapat menyampaikan cerita keadaan sesuatu biznes kepada yang membaca laporan tersebut.
Pemilik atau pengurus sesuatu biznes tersebut boleh menggunakan maklumat daripada laporan kewangan untuk perancangan dan tindakan uang lebih tepat.
Penyedia laporan kewangan yang bagus harus mampu mentafsirkan dan merumuskan cerita yang disampaikan oleh sesuatu penyata kewangan.
