
Alhamdulillah, sahur, puasa, ifthar, terawikh, sedar sedar dah nak dekat raya.
Nak kena buat persiapan raya juga. Ada yang dah bersiap awal sebelum Ramadhan lagi, ada juga yang menunggu malam terakhir, kot ada lelong habis.
Ramai yang mengambil peluang berniaga di bazaar Ramadhan. Berbagai macam barang jualan, makan untuk berbuka, kuih dan kerepek raya, baju raya dan sebagainya. Rata rata penjual mengeluh hasil jualan tidak seperti tahun tahun yang lepas.
Hmmm….. masyarakat berbelanja seadanya kot. Baguslah begitu, berbelanja mengikut kemampuan bukan ikut keinginan….

Bagi usahawan yang memang menumpu jualan Ramadhan, mereka mungkin telah buat persediaan strategi pemasaran berbulan sebelum tiba Ramdhan lagi. Ada sesetengah usahawan pulun sebulan, persediaan enam bulan.
Mereka mungkin telah membuat tempahan kilang enam bulan lebih awal agar stok boleh siap dua bulan sebelum puasa. Usaha pemasaran dah boleh mula sebelum Ramadhan.
Usahawan jenis macam ni yang kurang mengeluh hasil jualan kurang kerana mereka dapat melonjakkan jualan produk.
Apapun Selamat Berbuka semua.





