Penghasilan sesuatu pendapatan pastilah melibatkan sesuatu kos belian atau belanja langsung. Tiada yang datang secara percuma. Jika ada, itu DERMA IKHLAS namanya walaupun jumlah melebihi RM2 billion.
Sebatang pensil yang terjual dengan harga RM1 perlu dibeli terlebih dahulu, mungkin dengan nilai RM0.40 atau lebih ataupun kurang.
Hasil jualan sebatang pensil RM1 perlu diregukan atau dipadankan dengan kos belian RM0.40 yang juga dinamakan kos jualan ataupun kos menghasilkan pendapatan. Baki RM0.60 itulah dinamakan MARGIN KEUNTUNGAN atau dipanggil juga UNTUNG KASAR
Bagi para usahawan, daripada margin keuntungan inilah diperuntukan bahagian untuk tabungan, belanja pemasaran, pengurusan dan pentadbiran serta kakitangan. Jika masih ada berbaki, itulah yang dinamakan UNTUNG BERSIH. Secara mudahnya, kerajaan mengenakan cukai keatas untung bersih ini. Realitinya, pengiraan cukai melibatkan pengkelasan semula beberapa jenis perbelanjaan atau kos operasi. Ini bakal dibincangkan dalam post khusus akan datang, InsyaAllah.
Sekiranya anda menghasilkan produk sendiri, kos atau belanja langsung untuk menghasilkan produk tersebut mestilah diambil kira. Ini termasuklah kos bahan mentah, kos proses menghasilkan produk tersebut hingga ia sedia dijual.
Sebagai contoh, anda menjual karipap frozen buatan sendiri. Untuk menghasilkan 100 biji karipap, anda perlukan;
Bahan untuk kulit
| Tepung gandum | 500 gm |
| Tepung beras | 50 gm |
| Tepung ubi | 50 gm |
| Gula | 1 sudu besar |
| Garam | 1 sudu kecil |
| Marjerin | 3 sudu besar |
| Minyak masak | 1/4 cawan |
| Air | 1 cawan |
Bahan untuk inti
| Kentang saiz besar | 4 Biji |
| Isi ayam rebus | Bahagian dada |
| Ikan bilis | Segenggam |
| Cili padi | 5 Ulas |
| Daun kari | 2 Tangkai |
| Bawang holland | Sebiji |
| Bawang holland | 3 Ulas |
| Capsicum | Sebiji |
| Rempah kari ikan | 2 Peket |
| Gula | 2 Sudu besar |
| Garam | Secukupnya |
| Minyak | Untuk menumis |
Kesemua bahan untuk kulit dan inti diatas mungkin bernilai RM8.
Sekarang kita nilaikan pula tenaga kerja dan masa yang diambil untuk proses membuat kulit karipap, memasak inti karipap, membentuk biji karipap, masak sedikit dan membungkus. Katalah nilai semua ini RM7.
Akhir sekali jangan dilupakan proses dan bahan pembungkusan. Katalah nilai kos pembungkusan ini RM2.
Sekiranya jualan anda melibatkan COD atau penghataran, jangan lupa memasaukkan kos ini juga. Katalah nilainya RM3
Nah, jom tengok bila kita rumuskan semua kos ini;
| Bahan mentah | RM8 |
| Proses pembuatan | RM7 |
| Pembungkusan | RM2 |
| Penghantaran | RM3 |
| Jumlah | RM20 |
Jadi jumlah kos untuk membuat 100 biji karipap sedia dijual adalah sebanyak RM20. Jika dibahagikan pada setiap biji karipap, kos sebiji adalah RM20/100 biji menjadi RM0.20
Jika karipap ini dijual pada harga RM0.50, anda sudah ada margin keuntungan sebayak RM0.30 sebiji. Jika habis terjual anda sudah berjaya mengumpul RM30 sebagai untung kasar iaitu peratusan keuntungan sebanyak 60%.
Whaa…. Lumayan tu… Bayangkan anda dapat mengulangi proses pembuatan dan jualan seperti itu tadi setiap hari selama dua minggu, anda sudah boleh mengumpul keuntungan sebanyak RM30 x 14 hari menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM420.
pendapat kami
Seterusnya karipap anda yang sedap itu mula disukai ramai dan permintaan meningkat. Anda pun menggandakan pembuatan dan jualan sekali ganda selama 2 minggu berikutnya. Hasil keuntungan terkumpul 2 minggu berikutnya adalah RM60 x 14 hari menjadikan jumlah sebanyak RM840.
Alhamdulillah keuntungan terkumpul bagi 4 minggu atau sebulan menjadi RM420 + RM 840 bersamaan RM1,260.
Sebahagian daripada jumlah ini anda boleh pecahkan untuk simpanan, sebahagian yang lain untuk belanja operasi lain lain.
ahlul kira2
Sudah faham jelas sekarang?



