Pendapatan

Pendapatan sumber daripada jualan

Pendapatan atau hasil jualan sesebuah bisnis adalah umpama bekalan oksigen kedalam tubuh manusia.

Jika tiada pendapatan untuk suatu tempoh yang panjang, maka bisnis tersebut dikatakan tidak beroperasi. Istilah “DORMANT” yang selalu diguna untuk menjelaskan situasi tersebut

Dengan pendapatan inilah sesebuah bisnis dapat menampung belanja operasi setelah ditolak kos menghasilkan pendapatan tersebut.

Jadi, adakah fokus utama bisnis tertumpu kepada penghasilan pendapatan?

Sudah semestinya, tanpa mengabaikan keperluan lain seperti Pemasaran, Operasi, Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan.

Memantapkan dan menstabilkan Pendapatan bagi bisnis kecil atau baru amatlah penting. Berikutnya tumpuan perlu terarah kepada kepereluan lain seperti ternyata diatas untuk mengembangkan bisnis.

Operasi menyeluruh bisnis perlu diperkukuhkan bagi menggalas aktiviti bisnis seiring dengan peningkatan transaksi yang menggandakan pendapatan bisnis.

Apakah yang perlu dilakukan untuk menggandakan pendapatan bisnis ini?

Banyak strategi dan taktik pemasaran daripada segi produk, harga, saluran jualan, kerjasama dan sebagainya. Ini bakal dikupas dalam post yang kemudian.

Teruskan ketik like dan follow blog ini untuk muklumat yang bermanfaat untuk bisnis anda…

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started